Tempuhi pengalaman baru dalam hidup anda selaku pembeli pertama dengan memiliki rumah idaman buat yang tersayang sambil menyediakan kediaman yang selesa buat cahaya mata anda. Kami SPNB Idaman amat berbesar hati untuk bersama anda menempuh pengalaman yang berharga ini.

Kediaman yang selesa adalah keperluan untuk anda sekeluarga dan taman permainan merupakan tempat riadah yang penting untuk aktiviti anak-anak anda. Perumahan kami dilengkapi dengan taman permainan yang selamat dan menyeronokkan khas untuk anak-anak anda.

Kejiranan yang kondusif (membina), selamat dan baik adalah kunci utama dalam pembentukan anak-anak, termasuk juga faktor persekitaran dan pembelajaran yang akan menentukan masa hadapan mereka. Kami SPNB Idaman menawarkan kediaman dengan persekitaran yang sempurna untuk anda sekeluarga. Kejiranan kami juga turut dilengkapi dengan kemudahan surau.

Fasa persaraan merupakan fasa untuk beristirehat dan pastinya menjadi keutamaan untuk masa hadapan anda. Kami sedia membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik.

SPNB Idaman

Kami membina kediaman selesa untuk anda

SPNB Idaman Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk melaksana pembangunan Rumah Idaman Rakyat (RIR) secara konsep bercampur dengan harga jualan rumah 60% tidak melebihi RM250,000, 40% tidak melebihi RM350,000 seunit dan harga jualan kedai tidak melebihi RM1,000,000 seunit di atas tanah yang dikurniakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau agensi – agensi kerajaan yang berkaitan.

Baca Lanjut
Harga Mampu Milik

Sejajar dengan inisiatif kerajaan Rumah Idaman Rakyat, kami menawarkan rumah idaman mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Kualiti dan keselamatan

Hartanah kami dibina mengikut piawai kualiti yang tinggi dan mendapat pengiktirafan CIDB Qlassic.

Pelaburan masa hadapan

Projek kami dibina di lokasi yang mempunyai potensi pembangunan yang tinggi sesuai untuk dijadikan pelaburan masa hadapan.

1889Hartanah di Malaysia
209Ekar Telah Dibangunkan
100% Siap Menepati Masa
9Daerah Telah Dibangunkan

Berita Terkini

Video 360°

Tonton video interaktif projek-projek kami

Kami bawa anda terokai setiap bahagian rumah impian anda secara maya melalui video 360 kami.

Hubungi Kami

Kami sedia membantu

Kami sentiasa bersama anda

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan, pertanyaan atau hanya sekadar untuk mengucapkan Salam!, sila hubungi kami dengan mengisi borang yang disediakan, telefon, atau emel kami melalui maklumat yang tertera.

Kami akan melayan anda dengan segera.