3 Portal Yang Perlu Anda Lawati Sebelum Membeli Rumah

4 Mac 2017 | Panduan

Portal Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Portal Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ini merupakan “one stop centre” bagi melaksanakan fungsi utama kementerian ini seperti membangunkan agenda perumahan negara melalui program seperti pembangunan rumah mampu milik, termasuklah hal-hal berkaitan kerajaan tempatan (PBT), kemajuan dan kesejahteraan bandar dan program membasmi kemiskinan di bandar. Pautan ke laman web rasmi mereka di www.kpkt.gov.my.

Antara komponen penting kepada pembeli rumah yang terdapat di dalam portal ini adalah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah yang menguruskan sebarang tuntutan berkenaan jual beli rumah. Pautannya di sini http://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/320.

Portal Jabatan Perumahan Negara

Portal ini melibatkan hampir kesemua perkhidmatan kerajaan berkaitan perumahan untuk golongan pembeli dan pemaju. Banyak skim-skim bantuan kerajaan diuruskan melalui portal ini dan salah satunya ialah skim MyHome yang merupakan skim perumahan mampu milik swasta.

Komponen penting lain di dalam portal ini adalah Skim Pinjaman Perumahan dengan penyediaan perkhidmatan semakan status permohonan pinjaman. Layari http://ehome.kpkt.gov.my/index.php/ untuk maklumat lanjut.

Portal Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Portal ini merupakan pusat menguruskan permohonan pembiayaan perumahan sektor awam. Pautannya ialah www.lppsa.gov.my.

Antara sistem utama yang terdapat di dalam portal ini adalah sistem permohonan pembiayaan sektor awam yang membolehkan permohonan secara atas talian dapat di buat melalui pautan https://sppb.lppsa.gov.my/v2/.

Related Posts

24 Dis 2016
Di dalam pencarian rumah idaman, portal carian merupakan tempat utama yang akan dikunjungi oleh bakal pembeli. Antara perkara utama yang menjadi penentu di dalam proses pembelian termasuk: Perbandingan harga Maklumat...