Majlis Pelancaran Program “Jom Bantu Rakyat” di Paka, Terengganu

7 Apr 2017 | Acara, Terkini

Majlis Pelancaran Program “Jom Bantu Rakyat” Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia di Tapak Perumahan Idaman Rakyat, Kampung Santong, Paka, Dungun, Terengganu pada hari Ahad, 16 April 2017 bersamaan 19 Rejab 1438H jam 2.15 petang.

SPNB Idaman bertanggungjawab menguruskan perjalanan majlis dan satu Program Pelancaran Tapak Perumahan Idaman Rakyat SPNB akan dilangsungkan pada hari tersebut. Tapak perumahan ini adalah untuk pembinaan perumahan Taman Desa Idaman dan pendaftaran telah di buka kepada orang ramai. Pemilihan dan pendaftaran boleh di buat melalui pautan klik DI SINI

Antara aktiviti lain yang akan dijalankan termasuk program penyampaian bantuan kepada rakyat seperti berikut:

• Program Cakna Rakyat – Pejabat Pembangunan Dungun
• Bantuan Kebajikan – JKM
• Bantuan Sara Hidup Nelayan – LKIM
• Tusyen Rakyat – MARDI
• Data Transformasi Orang Muda (TOM) – SUK
• Rumah Bina Negara (BN) – KETENGAH
• Geran Tanah – Pejabat Tanah Dungun
• Surat Tawaran IPTA dan Jelajah Destinasi Anak Bangsa

SPNB Idaman juga akan menyediakan booth pameran Perumahan Idaman Rakyat yang menyediakan info-info berkenaan perumahan yang telah dan akan di bina oleh pihak SPNB Idaman.

Sidang media juga turut diadakan pada hari tersebut.

Related Posts

9 Jun 2017
Bersempena Ramahdan Kareem kami berbesar hati menjemput anda menyertai Pertandingan Mangkuk Tingkat yang melibatkan kerjasama SPNB dan Hot fm. Jom kita Sebarkan Semangat Ramadan dengan jiran tetangga dan berpeluang menang...
17 Apr 2017
Paka, 16hb April – Majlis Pecah Tanah, Rumah Idaman Rakyat (RIR) Kg Santong, Paka di daerah Dungun, Terengganu yang akan dibangunkan SPNB Idaman Sdn Bhd (SISB) telah disempurnakan oleh YAB...
1 Apr 2017
SPNB Idaman telah berjaya membuat penyerahan kunci 3 bulan lebih awal. Ketua Pegawai Eksekutif SISB, Azrul Hisyam Mu­nap berkata, tarikh asal yang ditetapkan untuk menyiapkan projek pembinaan rumah mampu milik...