Polisi Rumah Idaman Rakyat

Melaksana pembangunan Rumah Idaman Rakyat (RIR) secara bercampur dengan harga jualan rumah 60% tidak melebihi RM250,000, 40% tidak melebihi RM350,000 seunit dan harga jualan kedai tidak melebihi RM1,000,000 seunit di atas tanah yang dikurniakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau agensi – agensi kerajaan yang berkaitan.

Polisi pembeli mesti berumur 21 tahun keatas, dengan pendapatan individu tidak melebihi RM10,000 sebulan. Keutamaan bagi projek ini adlah untuk pembeli rumah pertama, penjawat awam, OKU dan ibu tunggal.

Plan Rumah Idaman Rakyat

01

Harga Jualan

Rumah ≤ RM350, 000
Rumah kedai ≤ RM1 juta

02

Perumahan Bercampur

Lot Banglo
Unit berkembar
Rumah Teres / kedai
Apartment – 5 ≤ 7 unit

03

Pemilikan tanah

Negeri atau Kerajaan Persekutuan
Badan berkanun
Negeri atau Persekutuan Agensi

04

Perolehan Jualan

Digunakan untuk membiayai kos projek-projek masa depan RIR

05

Pembiayaan

Pembiayaan akhir oleh bank dan SJKP penjamin (rumah dibawah RM150k)

06

Moratorium

≤ 5 tahun

07

Kitaran Modal

Infrastruktur dan kerja tanah peruntukan RM83 juta.

08

Kelayakan pembeli

Berusia 21 tahun dan ke atas
pendapatan individu ≤ RM7,500
pendapatan isi rumah ≤ RM10,000
OKU atau ibu tunggal (keutamaan)

09

Konsep Pembangunan

Pengenalan konsep pembangunan ‘Honeycomb Perumahan’ di lokasi yang sesuai mengikut pasaran dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan.

10

Bekalan Bahan Pembinaan

Menggalakkan penggunaan bahan binaan yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat Bumiputera melalui rantaian bekalan diiktiraf, dengan kerjasama SPNB Edar Sdn. Bhd.

11

Rakan Niaga

Kerjasama di antara RIR dan rakan niaga seperti institusi bank (Maybank/ CIMB dll), Mydin Store dan KFC untuk bersama membangunkan kawasan perumahan terpilih bersama SPNB.