Sekitar Kejayaan Projek Semeling

1 Apr 2017 | Acara, Terkini

SPNB Idaman telah berjaya membuat penyerahan kunci 3 bulan lebih awal. Ketua Pegawai Eksekutif SISB, Azrul Hisyam Mu­nap berkata, tarikh asal yang ditetapkan untuk menyiapkan projek pembinaan rumah mampu milik itu adalah pada Jun 2017.

Namun katanya, kejayaan tersebut merupakan hasil da­ripada hubungan baik dengan kontraktor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pasukan konsultant yang komited terhadap kerja dengan sentiasa memantau kemajuan projek di tapak di samping menguasai kualiti kerja-kerja pembinaan.

“Kualiti pembinaan projek tersebut juga mendapat pengiktirafan daripada Penilaian Kua­liti Hasil Kerja Binaan (QLASSIC) yang diselia dan dipantau oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mendapat skor yang baik iaitu 60 peratus,” katanya.

Ketika ditanya mengenai rekabentuk pembangunan ber­konsepkan zero re­novation cost yang menepati kehendak pembeli, Azrul Hi­syam memberitahu konsep tersebut bererti tidak perlu membuat pe­ngu­bahsuaian tamba­han terhadap ruang kosong di belakang rumah dan penyediaan plaster siling bagi kese­lesaan pembeli.

Artikel Penuh: di sini
© Utusan Melayu (M) Bhd

Related Posts

9 Jun 2017
Bersempena Ramahdan Kareem kami berbesar hati menjemput anda menyertai Pertandingan Mangkuk Tingkat yang melibatkan kerjasama SPNB dan Hot fm. Jom kita Sebarkan Semangat Ramadan dengan jiran tetangga dan berpeluang menang...
17 Apr 2017
Paka, 16hb April – Majlis Pecah Tanah, Rumah Idaman Rakyat (RIR) Kg Santong, Paka di daerah Dungun, Terengganu yang akan dibangunkan SPNB Idaman Sdn Bhd (SISB) telah disempurnakan oleh YAB...
7 Apr 2017
Majlis Pelancaran Program “Jom Bantu Rakyat” Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia di Tapak Perumahan Idaman...