5 Portal Carian Hartanah Paling Popular di Malaysia

24 Dis 2016 | Panduan

Di dalam pencarian rumah idaman, portal carian merupakan tempat utama yang akan dikunjungi oleh bakal pembeli. Antara perkara utama yang menjadi penentu di dalam proses pembelian termasuk:

  • Perbandingan harga
  • Maklumat terperinci mengenai hartanah atau kemudahan
  • Gambar yang berkualiti tinggi
  • Perbandingan ciri-ciri hartanah
  • Ulasan berkenaan hartanah atau lokasi

Di sini disenaraikan 5 portal hartanah yang sentiasa dilayari oleh bakal pembeli rumah.

iProperty

iProperty.com.my membawa gelaran portal hartanah No.1 di Malaysia yang menghubungkan pembeli hartanah, hartanah, ejen hartanah dan pemaju hartanah.

Dengan pangkalan data terbesar dan terkini tidak hairan jika ia menjadi pilihan utama peminat industri hartanah.

Portal ini juga pernah meraih beberapa anugerah yang berprestij dan merupakan sebuah portal yang mempunyai status MSC.

Property Guru

Propertyguru.com.my merupakan “one stop center” untuk pembeli, ejen dan pemaju hartanah dengan menyediakan maklumat-maklumat tambahan berkenaan hartanah.

Di halaman utama portal ini disertakan dengan berita-berita terkini berkenaan hartanah dan perubahan-perubahan terbaru dari pemain utama industri hartanah.

Portal ini merupakan pesaing utama iProperty dan berpusat di Singapura serta merupakan portal carian hartanah utama di Singapura.

Goodplace.my

Sedikit berbeza dengan portal carian hartanah yang lain, goodplace.my bukan sekadar portal carian sahaja malah lebih kepada portal maklumat berkenaan hartanah. Dengan anggaran lebih dari 40,000 transaksi sebulan, portal ini tidak kurang hebatnya dan mempunyai penggemar tersendiri.

Star Property

Antara kelebihan lain portal ini adalah maklumat berkenaan pemaju disertakan dengan lebih lengkap.

StarProperty.my merupakan portal carian hartanah milik kumpulan media The Star Publication. Kekuatan utama portal ini adalah dengan gabungan media online dan media cetak.

Namun begitu, kebanyakan senarai carian lebih ditumpukan kepada pelanggan kelas atasan dengan tawaran harga hartanah melibatkan lokasi yang mempunyai harga yang tinggi.
.

Durian Property

Dengan nama yang unik dan senang diingati, DurianProperty.com.my merupakan satu lagi portal carian hartanah yang sering dilawati oleh penggemar hartanah.

Jumlah senarai hartanahnya menjangkau sehingga 114,395 tentunya memberi pilihan yang banyak untuk semua golongan pembeli.

Related Posts

4 Mac 2017
Portal Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Portal Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ini merupakan “one stop centre” bagi melaksanakan fungsi utama kementerian ini seperti membangunkan agenda...