Majlis Pelancaran Program “Jom Bantu Rakyat” di Paka, Terengganu

7 Apr 2017 | Acara, Terkini

Majlis Pelancaran Program “Jom Bantu Rakyat” Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia di Tapak Perumahan Idaman Rakyat, Kampung Santong, Paka, Dungun, Terengganu pada hari Ahad, 16 April 2017 bersamaan 19 Rejab 1438H jam 2.15 petang.

SPNB Idaman bertanggungjawab menguruskan perjalanan majlis dan satu Program Pelancaran Tapak Perumahan Idaman Rakyat SPNB akan dilangsungkan pada hari tersebut. Tapak perumahan ini adalah untuk pembinaan perumahan Taman Desa Idaman dan pendaftaran telah di buka kepada orang ramai. Pemilihan dan pendaftaran boleh di buat melalui pautan klik DI SINI

Antara aktiviti lain yang akan dijalankan termasuk program penyampaian bantuan kepada rakyat seperti berikut:

• Program Cakna Rakyat – Pejabat Pembangunan Dungun
• Bantuan Kebajikan – JKM
• Bantuan Sara Hidup Nelayan – LKIM
• Tusyen Rakyat – MARDI
• Data Transformasi Orang Muda (TOM) – SUK
• Rumah Bina Negara (BN) – KETENGAH
• Geran Tanah – Pejabat Tanah Dungun
• Surat Tawaran IPTA dan Jelajah Destinasi Anak Bangsa

SPNB Idaman juga akan menyediakan booth pameran Perumahan Idaman Rakyat yang menyediakan info-info berkenaan perumahan yang telah dan akan di bina oleh pihak SPNB Idaman.

Sidang media juga turut diadakan pada hari tersebut.

Related Posts

22 Sep 2017
SPNB Idaman telah menganjurkan Aktiviti Jualan Untuk Projek Perumahan Makmur Idaman Lakeview Jaya bertempat di tapak projek di Karak Setia pada 12 September 2017. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung...
20 Sep 2017
SPNB Idaman akan menganjurkan Karnival Bentong 2017 bermula dari 23-31 Ogos 2017 bertempat di Dataran Bentong, Pahang. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung karnival ini. Orang ramai dijemput hadir untuk...
19 Sep 2017
Pameran bergerak untuk mempromosikan Projek Taman Kelubi Idaman telah diadakan selama seminggu dari 12-18 September 2017 yang lalu bertempat di Mydin Jasin Bestari, Jasin, Melaka. Pelbagai hadiah dan cabutan bertuah...