Majlis Penyerahan Kunci Taman Universiti Jaya Fasa 2A, Semeling, Sungai Petani

3 Feb 2017 | Acara, Terkini

Majlis Penyerahan Kunci bagi Taman Universiti Jaya Fasa 2A, Semeling, Sungai Petani akan diadakan pada hari Ahad, 26 Mac 2017.

Pada peringkat awal projek ini dijadualkan siap pada Jun 2017 namun SPNB Idaman telah berjaya membuat serahan kunci 3 bulan lebih awal dari tarikh asal dan projek dapat disiapkan seawal Januari 2017. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan oleh pihak SPNB Idaman.

Kejayaan ini telah menghasilkan penjimatan dari segi kos pembangunan. Namun demikian, segala aspek keselamatan dan tahap kualiti pembinaan tidak diambil mudah malah projek ini telah mencapai tahap kualiti terbaik berdasarkan piawaian CIDB Qlassic.

Ini secara tidak langsung membuktikan SPNB Idaman sebagai pemaju yang boleh dipercayai dan setanding pemaju mega yang lain. Dengan bercirikan rekabentuk moden, rumah-rumah ini dijual pada harga mampu milik untuk rakyat Malaysia. Pencapaian ini seiring dengan tagline SPNB Idaman “Delivering Quality Ahead of Time”.

Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini antara lain adalah kualiti dan masa pembinaan dipantau ketat oleh SISB sebagai pemaju terhadap kontraktor yang terlibat. Seterusnya, hubungan baik SISB dengan Perunding, Kontraktor dan Pihak Berkuasa Tempatan seperti SADAR Syarikat Air Darul Aman, BOMBA, IWK Indah Water Consortium dan MPSPK Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah terutamanya dalam mematuhi kehendak-kehendak Pihak Berkuasa Tempatan turut menjadi faktor utama yg menyumbang kepada pencapaian ini.

Antara kesan utama dari kejayaan ini ialah:

  1. Produk memenuhi kehendak pembeli yang praktikal, moden dan ciri-ciri rekabentuk dalaman yang lebih baik dari produk seumpamanya di pasaran dengan 12 kaki ketinggian syiling.
  2. Rekabentuk yang “zero renovation cost” bercirikan fully flush dan full plaster ceiling
  3. Seratus peratus komitmen terhadap pembeli dalam membantu untuk mendapatkan pembiaya dan mengurangkan kos interest selama 5 bulan sekaligus mengurangkan masa menunggu pembeli
  4. Kualiti kehidupan yang aman damai dan tenang di kediaman sendiri

Sempena majlis penyampaian kunci yang akan diadakan ini, bagi menyatakan penghargaan kepada pembeli, SPNB Idaman berbesar hati menyediakan cabutan bertuah iaitu Hadiah Utama Proton SAGA 1.3 STD, Motor Kawasaki ER250, TV Panasonic 43″ FHD LED, Penghawa Dingin Panasonic 1.0HP, Mesin Basuh Panasonic 7.0KG, Peti Ais Panasonic 2 Pintu 333L Stainless dan Peranti Samsung Tab A 8.0.

Related Posts

20 Sep 2017
SPNB Idaman akan menganjurkan Karnival Bentong 2017 bermula dari 23-31 Oktober 2017 bertempat di Dataran Bentong, Pahang. Pelbagai aktiviti menarik, hadiah dan cabutan bertuah disediakan untuk pengunjung karnival ini. Orang...
19 Sep 2017
Pameran bergerak untuk mempromosikan Projek Taman Kelubi Idaman telah diadakan selama seminggu dari 12-18 September 2017 yang lalu bertempat di Mydin Jasin Bestari, Jasin, Melaka. Pelbagai hadiah dan cabutan bertuah...
10 Sep 2017
SPNB Idaman telah menganjurkan program Jom Beli Rumah Idaman @Paka 9 September 2017 yang lalu bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Paka, Terengganu. Pelbagai hadiah dan cabutan bertuah telah disampaikan...