Sekitar Kejayaan Projek Semeling

1 Apr 2017 | Acara, Terkini

SPNB Idaman telah berjaya membuat penyerahan kunci 3 bulan lebih awal. Ketua Pegawai Eksekutif SISB, Azrul Hisyam Mu­nap berkata, tarikh asal yang ditetapkan untuk menyiapkan projek pembinaan rumah mampu milik itu adalah pada Jun 2017.

Namun katanya, kejayaan tersebut merupakan hasil da­ripada hubungan baik dengan kontraktor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pasukan konsultant yang komited terhadap kerja dengan sentiasa memantau kemajuan projek di tapak di samping menguasai kualiti kerja-kerja pembinaan.

“Kualiti pembinaan projek tersebut juga mendapat pengiktirafan daripada Penilaian Kua­liti Hasil Kerja Binaan (QLASSIC) yang diselia dan dipantau oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mendapat skor yang baik iaitu 60 peratus,” katanya.

Ketika ditanya mengenai rekabentuk pembangunan ber­konsepkan zero re­novation cost yang menepati kehendak pembeli, Azrul Hi­syam memberitahu konsep tersebut bererti tidak perlu membuat pe­ngu­bahsuaian tamba­han terhadap ruang kosong di belakang rumah dan penyediaan plaster siling bagi kese­lesaan pembeli.

Artikel Penuh: di sini
© Utusan Melayu (M) Bhd

Related Posts

24 Mac 2018
Peluang terbaik memiliki RUMAH IDAMAN anda di Karak! Majlis akan diadakan seperti berikut: Tempat : Sek Men Keb Karak Setia, Karak, Pahang Tarikh : 25hb Mac 2018 (Ahad) Masa :...
24 Feb 2018
Kami akan berjumpa dengan warga Kedah di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar Tarikh: 24 Feb – 3 Mac 2018. Masa: 10 pagi – 10 malam Mari pakat-pakat mai jumpa Rozita...
24 Feb 2018
KINI KAMI BERADA DI TERENGGANU!” SPNB Idaman kini sedang berada di EKSPO TERENGGANU 2018 bertempat di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu 2018 di Gong Badak, Kuala Nerus pada 25 Februari...