SISB Bangunkan Projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) di Paka, Terengganu

17 Apr 2017 | Acara, Terkini

Paka, 16hb April – Majlis Pecah Tanah, Rumah Idaman Rakyat (RIR) Kg Santong, Paka di daerah Dungun, Terengganu yang akan dibangunkan SPNB Idaman Sdn Bhd (SISB) telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak semasa pelancaran Program ‘Jom Bantu Rakyat’ peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Ketua Umno Bahagian Dungun, Dato’ Haji Din bin Adam, barisan kepimpinan kanan SPNB terdiri dari Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB; Datuk Ahmad Azizi Bin Hj. Ali, Pengerusi SISB, Dato Seri Ahmad bin Kabit, Ketua Pegawai Eksekutif SISB, Azrul Hisyam bin Munap serta barisan Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan SPNB.


SISB adalah merupakan anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merancang untuk membina sebanyak 229 unit pelbagai jenis pilihan rumah dan kedai di tapak seluas 26 ekar yang dinamakan Taman Desa Idaman, Kg Santong. Projek ini akan dibangunkan dengan menggunakan teknologi IBS (Industrial Building System) dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mei 2019.

Projek ini dibangunkan dengan 4 variasi termasuk kediaman dan rumah kedai. Untuk Maklumat lanjut berkenaan projek ini, sila lihat pautannya DI SINI

Related Posts

24 Mac 2018
Peluang terbaik memiliki RUMAH IDAMAN anda di Karak! Majlis akan diadakan seperti berikut: Tempat : Sek Men Keb Karak Setia, Karak, Pahang Tarikh : 25hb Mac 2018 (Ahad) Masa :...
24 Feb 2018
Kami akan berjumpa dengan warga Kedah di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar Tarikh: 24 Feb – 3 Mac 2018. Masa: 10 pagi – 10 malam Mari pakat-pakat mai jumpa Rozita...
24 Feb 2018
KINI KAMI BERADA DI TERENGGANU!” SPNB Idaman kini sedang berada di EKSPO TERENGGANU 2018 bertempat di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu 2018 di Gong Badak, Kuala Nerus pada 25 Februari...